Hari Kokurikulum 2010 SMK Desa Murni telah berlangsung pada 31 Julai 2010. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua En. Suhaimi bin Saidin di SMK Datuk Haji Ahmad Said memandangkan kami menumpang di sana pada masa itu. Aktiviti atau acara yang dipertandingkan merupakan permainan dalaman yang bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajarnya bagaimana permainan tersebut dimainkan. Permainan yang dipertandingkan ialah antaranya Congkak, Dam Ular, Dam Haji, Catur, Karom, Pingpong, Batu Seremban dan Dart. Hadiah disediakan kepada pemenang. Saya selaku Pengelola Pertandingan ( PK Kokurikulum ) mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan sekolah ini atas kejayaan pengelolaan pertandingan tersebut. Tanpa kerjasama dan pengalaman tuan puan pastinya pertandingan ini tidak dapat dijalankan. Kepada semua pelajar ( pelajar wajib main satu acara ) ucapan tahniah kepada yang menang dan yang kalah cuba lagi pada masa akan datang. Terima kasih.